Ebit Lew belanja 1,200 kotak KFC untuk 1,200 frontliner

Pendakwah dermawan terkenal, Ebit Lew berkata dirinya “sebak dan terharu dengan pengorbanan petugas barisan hadapan negara.”

Lantaran itu, usahawan berkenaan menziarahi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) pada hari ini.

Kehadiran Ebit bagi menyampaikan penghargaannya dengan menyumbang 1,200 kotak KFC kepada 1,200 petugas.

“Sayu dengar katil jer 10,000 disediakan untuk pesakit. Mereka diambil dari banyak hospital. Jadi mesti jauh ulang alik. Terima kasih doktor, Nurse, MA….

“Besar pengorbanan mereka,” katanya ada satu hantaran di Facebook.

Ebit turut menyatakan rasa sedih dan kasihan terhadap petugas barisan hadapan yang ikhlas menjalankan kewajipannya melawan wabak Covid-19 tanpa mengenal penat lelah.

“Kerana Allah dan sifat tanggungjawab mereka terus berjuang. Mereka cari rezeki halal macam kita. Tetapi mereka berkorban hari-hari penuh kawalan dengan pakai PPE. Panas sangat. Duduk dalam kawad duri lagi. Makan tak sempat. Ke tandas tak sempurna. 24 jam oncall. Selalu kena bertugas luar. Dipindahkan.

“Solat terkejar-kejar. Terasa seperti dunia lain. Petugas wanita macam adik kakak kita sendiri. Lelaki macam abang adik kita sendiri. Mereka keluarga kita yang sentiasa ada bila kita sakit dan sudi jaga kita masa kita sakit.

“Ya Allah kami tak dapat balas jasa frontliner negara kami,” katanya sambil menggesa mendoakan petugas barisan hadapan dengan rasa sayang. Mk

Saya hilang satu-satunya anak perempuan tunggal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker