Pengurus Lombong Bijih Kerugian RM40,000 Ditipu Macau Scam

Pengurus Lombong Bijih Kerugian RM40,000 Ditipu Macau Scam

KOTA BHARU: Seorang pengurus lombong bijih di Gua Musang kerugian RM40,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 36 tahun yang berasal dari Kota Bharu itu menerima panggilan daripada ‘pihak LHDN’ pada jam 5.20 petang.



“Pihak ‘LHDN’ memaklumkan bahawa mangsa mempunyai tunggakan bayaran cukai sebanyak RM98,000 dan kemudian menyambung panggilan itu ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

“Dalam perbualan itu ‘pihak LHDN’ memberitahu mangsa telah terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan jenayah berkait dengan dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya telah diminta untuk membuka satu akaun bank yang baharu bagi menjalankan siasatan.

“Mangsa telah membuka akaun baharu di Bank Islam Gua Musang sekitar jam 12 tengah hari.

“Mangsa telah memindahkan wang berjumlah RM40,000 daripada Tabung Haji ke dalam akaun Bank Islam tersebut,” katanya.

Katanya, selepas itu, mangsa telah diberikan satu link aplikasi Bank Negara Malaysia versi 1 dan diminta untuk mengisi kesemua maklumat akaun (Bank Islam) dan pengenalan diri.



“Mangsa kemudian diberitahu siasatan akan dijalankan selama tiga hari dan boleh mengambil kembali wang tersebut.

“Selepas sejam kemudian mangsa yang mula curiga dan segera menghubungi pusat khidmat pelanggan Bank Islam untuk mendapatkan maklumat,” katanya.

Katanya, bagaimanapun mangsa diberitahu baki wang yang ada dalam akaun tersebut adalah sebanyak RM100.-SH

Pengurus Lombong Bijih Kerugian RM40,000 Ditipu Macau Scam



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara



Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker