PAS jangka PRU15 selewatnya Jun tahun depan
Pemimpin PAS menjangkakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bakal berlangsung selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.
Perkara itu diutarakan Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah ketika diminta mengulas mengenai situasi politik semasa.
Menurutnya parti-parti dalam kerajaan perlu diperkukuhkan bagi menghadapi berlakunya pilihan raya.
“Hasrat parti adalah untuk mengukuhkan ketiga-tiga parti bagi mengukuhkan Muafakat Nasional dan memperkasakan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan.
“Seperti yang saya sebut sebelum ini antara ketiga-tiga parti (PAS, Umno dan Bersatu), tidak ada parti yang boleh berdiri sendiri. Kalau kita nak jadi kerajaan yang gagal pada PRU akan datang perlu ada kerjasama yang mantap. Kerana kita tengok kerajaan sekarang tidak stabil (dari segi majoriti).
“Kita jangka PRU tahun depan, secara peribadi paling lewat pun saya rasa bulan Jun, sebab itu ketiga-tiga parti utama ini perlu merapatkan persefahaman dan kurangkan pertembungan,” katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, kerajaan yang ada hari ini selalu diganggu oleh pihak pembangkang susulan majoriti di parlimen yang tipis.
“Dalam keadaan hari ini pun kita tengok kerajaan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana terlalu banyak politiking, baru nak bergerak ada orang umum ada nombor, baru kita nak bergerak kawan ini kata ada nombor.
“Jadi selalu ada gangguan, tetapi kalau kita ada majoriti kukuh di parlimen kerajaan boleh berjalan tanpa gangguan. Itu yang penting,” jelasnya. Mk
Siapa belakangkan semangat PH, tanya PKR kepada Dap dan Amanah
You must be logged in to post a comment.