Bangkai Badak Sumbu Berusia 50,000 Tahun Ditemui Di Rusia

MOSCOW – Sepasukan saintis menjumpai bangkai seekor badak sumbu berbulu prasejarah yang sudah pupus dipercayai berusia 50,000 tahun di sebuah kawasan permafrost di daerah Abyisky wilayah, Yakutia, Rusia baru-baru ini, lapor akhbar The Sun UK.

BANGKAI badak sumbu berbulu yang ditemui dalam keadaan beku di kawasan permafrost di daerah Abyisky. – EAST2WEST NEWS

Seorang saintis berkenaan, Dr. Albert Protopopov berkata, bangkai haiwan itu ditemui dalam keadaan 80 peratus sempurna dengan kebanyakan anggota badan serta organnya masih terpelihara.

“Ia ditemui berhampiran kawasan bangkai seekor anak badak sumbu berbulu yang diberi nama Sasha yang dijumpai pada tahun 2014. Bangkai dua ekor anak singa gua turut ditemui di kawasan sama tahun lalu.



“Berdasarkan pemerhatian awal, badak sumbu itu dianggarkan berumur antara tiga hingga empat tahun dan dipercayai masih kecil,” katanya.

Selain itu, Protopopov berkata, makanan terakhir haiwan tersebut juga didapati masih berada di dalam perut badak sumbu tersebut.

“Badak sumbu ini dipercayai lemas di dalam sungai kerana bangkainya masih terpelihara dengan baik.

“Organ dalaman haiwan ini juga terpelihara. Ia membolehkan penyelidik mengkaji cara pemakanan dan kehidupan badak sumbu ini secara lebih terperinci,” ujarnya. – Agensi



Peminat Unfollow IG Azhan Rani Sebab Loya Tengok Bulu Ketiak Tebal, Siap Kena Tarbiyah- “Tunjuklah Moral Pembersih”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker