IKHLAS anjur demonstrasi besar-besaran jika masalah peniaga tak selesai

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) tidak menolak kemungkinan menganjurkan demonstrasi secara besar-besaran sekiranya isu gerai Puchong Permai tidak diselesaikan esok.

Presidennya, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah menegaskan, pihaknya tidak mahu perkara itu berlarutan hingga tahun hadapan susulan penangguhan perobohan itu hingga Ahad ini sahaja.

“Kalau tak jumpa (Datuk Bandar), Isnin depan kita akan berdepan dengan isu besar, kita akan berhimpun besar-besaran di tapak gerai lama.

“Kita tak akan bagi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) roboh tempat itu, nak jadi apa jadilah. Kita akan tetap mahu kekalkan tempat itu,” katanya ketika ditemui di Permai Puchong selepas mengiringi lawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar ke kawasan terlibat hari ini.




Dalam pada itu, Mohd Ridzuan juga memberitahu, pihaknya telah pun dijanjikan untuk mengadakan perjumpaan dengan Datuk Bandar Subang Jaya, Noriani Roslan di pejabatnya esok.

“Semalam kita sudah temui pembantu peribadi Datuk Bandar Subang Jaya dan kita dimaklumkan bahawa dia sedang bercuti.

“Saya harap isu ini dapat selesai esok sebab bahagian perobohan MBSJ bagi tempoh sampai Ahad ini,” katanya.

Ditanya jika perjumpaan itu gagal, beliau bercadang untuk menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.



“Kalau Datuk Bandar tak sudi jumpa kira, saya sudah maklum, saya akan bawa semua peniaga kita akan serah surat depan rumah Menteri Besar.

“Saya yakin Menteri Besar akan jumpa kita sedangkan kita boleh tengok Tan Sri Ali Rustam sewaktu jadi Ketua Menteri Melaka jam 2 pagi pun rakyat boleh jumpa.

“Saya yakin kalau MB Selangor betul-betul nak bantu penjaja, beliau sanggup jumpa kita tanpa ada apa-apa protokol,” katanya lagi. MG

Mahathir tak pernah ikhlas walaupun Anwar sentiasa positif dengannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker