“Malu Orang Ingat Atuk Nanti..”- Awie Siapkan Diri Timang Anak Di Usia 52 Tahun.. Tahniah DiUcapkan

PENYANYI DAN PELAKON Datuk Awie berkata dia mula menitikberatkan mengenai kesihatan diri sebagai persediaan menimang cahaya mata keenam yang dijangka lahir pada Januari depan.

Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman berharap dia dikurniakan kesihatan yang baik bagi memastikan dirinya mampu membesarkan anak kecil itu meskipun usianya kini sudah mencecah 52 tahun.

Awie Siapkan Diri Timang Anak Di Usia 52 Tahun -"Malu Orang Ingat Atuk Nanti.." 2



“Syvkurlah dalam umur ini saya dikurniakan cahaya mata yang saya anggap sebagai anugerah dan rezeki tak terhingga serta tiada bandingannya.

“Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah menjaga kesihatan saya supaya bila saya hantar anak pergi sekolah, budak-budak ni tak ingat saya datuk dia… itu paling penting, nanti orang tanya tu atuk kau ke? Malu nanti!” katanya kepada mStar.

Awie ditemui semasa sidang media filem 10 Tips Tipu Bini yang diadakan di MaTIC, Kuala Lumpur pada Selasa.



Barisan pelakon filem 10 Tips Tipu Bini yang akan ditayangkan di Astro First bermula 7 Januari tahun depan.

Awie Siapkan Diri Timang Anak Di Usia 52 Tahun -"Malu Orang Ingat Atuk Nanti.." 3

Awie Siapkan Diri Timang Anak Di Usia 52 Tahun -"Malu Orang Ingat Atuk Nanti.." 4

Pada 12 November lalu, vokalis kumpulan Wings ini berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya iaitu Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 33, sudah hamil tujuh bulan.



Dalam pada itu, Awie memberitahu dia kini mementingkan penjagaan pemakanan bagi memastikan tubuhnya sentiasa sihat dan kekal bertenaga.

Paling penting jaga pemakanan kerana isteri pun masih muda, dapat anak kecil lagi… jadi kena nampak sealiran la!

AWIE

PENYANYI



“Ini salah satu cabaran bila nak ada anak kecil, saya banyak psiko diri untuk jadi positif. Saya kena jaga kesihatan, kena sentiasa berhati-hati dan kuatkan semangat untuk kekal fit.

“Paling penting jaga pemakanan kerana isteri pun masih muda, dapat anak kecil lagi… jadi kena nampak sealiran la! Nanti kalau kita sakit dah susahkan isteri pula, jadi saya anggap inilah antara cabaran hidup, ” ujarnya.

Awie bahagia bersama isteri dan anak-anak.



Awie Siapkan Diri Timang Anak Di Usia 52 Tahun -"Malu Orang Ingat Atuk Nanti.." 5

Awie Siapkan Diri Timang Anak Di Usia 52 Tahun -"Malu Orang Ingat Atuk Nanti.." 6

Awie Siapkan Diri Timang Anak Di Usia 52 Tahun -"Malu Orang Ingat Atuk Nanti.." 7

Awie Siapkan Diri Timang Anak Di Usia 52 Tahun -"Malu Orang Ingat Atuk Nanti.." 8



Sering teman isteri buat check-up kesihatan kandungan

K0ngsinya lagi, keadaan isterinya dan k4ndungan berada dalam keadaan baik dan sihat-sihat sahaja. Terdahulu menerusi perkongsian di Instgram, pelakon filem ‘Zombi Kampung Pisang’ ini dilihat sering menemani isterinya membuat pemeriksaan rutin ibu hamil di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota.

 

Awie dan Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 di Songkhla, Thailand dan ini merupakan cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka.

Sebelum itu, Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.

Selepas perkahwinan mereka gagal, Awie bernikah pula dengan Rozana Misbun yang juga merupakan adik kepada pelakon Haliza Misbun pada tahun 2006.

Awie dan Rozana memiliki tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah, 11, Putra Ahmad Rezzki, 10, dan Puteri Qasseh Antasha, 8.

Sumber: mStar, Instagram ladyana_alqudree, Kisah Dunia

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker