Covid-19 : 1870 kes baru hari ini dengan 6 kematian

Status terkini COVID-19 setakat 30 Disember 2020

Jumlah sembuh baru: 745 kes
Jumlah kumulatif discaj: 87460 kes (79.2%)

Jumlah kes baru: 1870 kes
Jumlah kumulatif: 110485 kes
Jumlah kes aktif: 22562 kes



Kes tempatan: 1868 kes
Kes import: 2 kes

Jumlah kematian baru: 6 kes (5 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 463 kes (0.42%)

Jumlah kes di ICU: 131 kes
Pesakit intubated: 62 kes



Pada hari ini, 30 Disember 2020, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,870 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 110,485 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 22,562 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,868 kes.

Buat julung kalinya, Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607 kes (32.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 578 kes (95.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Peningkatan kes di Johor dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes (61.6 peratus). Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 472 kes (25.2 peratus) dan Sabah sebanyak 280 kes (15.0 peratus).

Sebanyak 402 kes (21.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Choh (374 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes), Kluster Pagar Bentong (6 kes), Kluster Tembok Mempaga (4 kes), Kluster Tembok (4 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), Kluster Tembok Gajah (2 kes), dan Kluster Hala Mutiara (1 kes).



Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker