Waspada skim pelaburan FBV, tiada kelulusan – SKM


Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan aktiviti pengumpulan deposit melalui Fellowship Business Venture (FBV) yang menawarkan pulangan tinggi.

Dalam kenyataan hari ini, SKM berkata, semakan mendapati FBV yang dijalankan di bawah Koperasi Samudra Malaysia Bhd tidak mendapat kelulusan suruhanjaya itu.

“Skim ini tidak mendapat kelulusan di bawah Seksyen 50E dan 52A Akta Koperasi 1993 iaitu koperasi tidak dibenarkan mengambil deposit dan mengeluarkan pinjaman tanpa kebenaran suruhanjaya.

“Koperasi juga dilarang sama sekali membayar dividen, keuntungan atau pulangan secara bulanan,” katanya.

Sehubungan itu, SKM menasihati orang ramai supaya berwaspada dan menghubungi suruhanjaya itu melalui talian rasmi di 03-20834000 atau e-mel kepada [email protected] bagi sebarang kemusykilan. HM

SKM kenal pasti koperasi berkemampuan beli saham syarikat tersenarai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker