Sultan Johor murka: Apa nak jadi dengan Mersing?

Terkini di My KMU !!!!---->

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap sikap segelintir rakyat di daerah Mersing yang mengabaikan soal kebersihan sehingga tempat-tempat awam dipenuhi sampah sarap.

Baginda bertitah, Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dari luar negara, malah ia kaya dengan keindahan alam semula jadi dan menegaskan sekiranya tabiat ini berterusan, ia akan memberi kesan negatif kepada aspek kesihatan awam.

“Saya amat sedih dengan apa yang saya lihat di beberapa kawasan yang ditinjau. Apa nak jadi dengan Mersing? Sepatutnya tempat pelancongan tetapi apabila pelancong sampai, disambut sampah.

“Tidak malukah kita jika menjemput orang ke rumah sendiri tetapi keadaannya tidak sedap mata memandang? Ubahlah perangai dan buang sikap pengotor,” titah Sultan Ibrahim dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah baginda, Mersing perlu mencontohi daerah Muar apabila Bandar Maharani itu dinobatkan sebagai Bandar Pelancongan Terbersih Asean pada tahun 2018.

“Mersing mempunyai potensi yang besar untuk terus dimajukan dalam sektor eko-pelancongan, dan ia juga pintu utama untuk ke pulau-pulau pelancongan sekitar.

“Saya ada pelbagai idea untuk menarik pelaburan dan kemajuan untuk sektor di Mersing, tetapi rakyat juga perlu mainkan peranan menjaga kebersihan di sini. Tidak ada orang yang nak berkunjung ke tempat yang kotor,” titah baginda.

Sultan Ibrahim turut bertitah agar pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan kompaun secara efektif supaya rakyat lebih berdisiplin. Mk

Bekas Staf Ingatkan Latiff Tunaikan Janji… Letak Jawatan Jika Lompat

Leave a Reply