Suami buntu isteri dinikahi 4 bulan ghaib
Jakarta: Seorang suami yang kebuntuan selepas isteri yang baru dikahwini hilang terpaksa meminta bantuan bekas kekasih wanita itu untuk mencarinya.
Pengantin baru dikenali sebagai Lin Cahyani, 17, dilaporkan hilang secara misteri selepas tidak pulang ke rumah dalam tempoh lima hari.
“Saya sampai minta bantuan bekas kekasih isteri untuk mencari dia,” katanya kepada Tribuncirebon.com.
Bekas kekasih isterinya dilaporkan sempat berkomunikasi dengan wanita itu melalui media sosial.
Menerusi percakapan dengan bekas kekasih, wanita itu memberitahu dia berada di wilayah Cikalong di daerah Subang.
“Dia beritahu ada di Cikalong, saya tidak tahu di tempat siapa,” katanya.
Malah, Entis Sutisna, 25, mendakwa beberapa saudaranya mengaku melihat isteri dinikahi empat bulan lalu itu menunggang motosikal dan menghala Jalur Pantura di wilayah Patrol.
“Ada beberapa rakannya yang saya tanya memberitahu melihat isteri saya ke arah Patrol,” katanya.
Entis merancang membuat laporan polis mengenai kehilangan isterinya itu.
Entis berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan isterinya itu.
“Banyak yang kata macam-macam, kononnya kami bertengkar atau ada orang ketiga. Saya tegaskan di sini, kami baik-baik saja,” katanya.
Entis mengaku bingung berikutan terpaksa mencari isterinya itu.
Menurutnya, kali terakhir sebelum wanita itu menghilang, wanita itu sempat menyerahkan gajetnya kepadanya dan memberitahu ingin keluar kerana perlu membeli sesuatu. – Agensi
You must be logged in to post a comment.