Kanak-kanak 4 tahun hilang selepas jatuh longkang

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan etnik Rohingya berusia empat tahun dikhuatiri lemas apabila hilang selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Kampung Ampang Campuran petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata operasi mengesan kanak-kanak itu sejak petang semalam, turut bertumpu di kawasan perangkap sampah yang terletak kira-kira 1km dari lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi bagaimanapun terpaksa dihentikan pada pukul 8.10 malam tadi disebabkan persekitaran kawasan yang gelap dan arus deras.

“Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke dalam longkang di sekitar rumahnya di Lorong Ikan Jelawat 8 ketika bermain, sebelum dihanyutkan ke longkang besar dengan lebar kira-kira 10m dan kedalaman air kira-kira 1m,” katanya kepada Bernama semalam.



Norazam berkata usaha mencari akan bersambung pagi ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kesemasan pada pukul 5.50 petang semalam daripada keluarga mangsa sebelum menggerakkan dua jentera bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi 10 minit kemudian. Bernama

Mayat kanak-kanak ditemukan di kolam takungan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker