Pas masih kekal bersama Muafakat Nasional

Terkini di My KMU !!!!---->

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyangkal dakwaan kononnya Pas telah membatalkan kerjasama dengan UMNO serta Piagam Muafakat Nasional.

Dalam hantaran di laman Facebook, Asyraf berkata, dakwaan tersebut adalah palsu dan fitnah.

“Khabar angin yang disebarkan melalui media sosial kononnya PAS membatalkan kerjasama dengan UMNO dan Piagam MN adalah palsu dan fitnah,” katanya hari ini.

Menurut beliau, Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad yang berkunjung ke pejabatnya petang Isnin telah mengesahkan bahawa Pas tidak meninggalkan UMNO dan Piagam Muafakat Nasional masih kekal.

Perkara yang sama turut disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat merangkap Pengarah Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang turut menyertai kunjungan tersebut.

Kebelakangan ini, ada pihak mendakwa hubungan Pas dan UMNO yang terjalin menerusi Muafakat Nasional retak kerana kononnya parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik diri dari kerjasama tersebut.

Selain Muafakat Nasional, Pas turut menyertai Perikatan Nasional bersama-sama Bersatu. MG

Hisham jamin kepada saya akan kekal bersama UMNO – Najib

Leave a Reply