Tanah mendap, kereta api penumpang ke JB Sentral tergendala

 

Kejadian mendapan di Km753 itu berlaku di kawasan berhampiran tapak Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB)

JOHOR BAHRU: Perkhidmatan kereta api dengan 24 penumpang dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru (JB) Sentral tergendala akibat tanah mendap di landasan kereta api berhampiran Kempas, malam tadi.

Kejadian mendapan di Km753 itu berlaku di kawasan berhampiran tapak Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) dan dipercayai ekoran hujan lebat petang semalam yang menjejaskan perjalanan tren antara Stesen Gemas dan Stesen Johor Bahru Sentral.

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, berikutan kejadian itu tren tersebut terpaksa dihentikan sebelum kawasan kejadian.

“Semua penumpang dipindahkan dengan bas bagi meneruskan perjalanan ke Stesen JB Sentral.

“Ketika ini, perkhidmatan tren akan ditamatkan di Stesen Kempas Bahru dan penumpang akan disediakan kenderaan perantaraan bagi meneruskan perjalanan ke Stesen JB Sentral dan sebaliknya,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, kerja pemulihan trek dijalankan di kawasan terbabit.

Pihak KTMB memohon maaf kepada penumpang yang terlibat dalam kejadian itu dan sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Mohd Padzli Mohd Zain berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 8.30 malam.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker