Balkisyh Kembali Bergelar Isteri

Selepas hampir setahun tertunda akhirnya pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 34, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Mohd Nazri Zakaria, 34, petang ini.

Balkisyh Semundur Khan berdepan dengan masalah mencari bapa kandung untuk menjadi wali perkahwinannya sejak setahun lalu. - - Foto Balkisyh Semundur Khan

Balkisyh Semundur Khan berdepan dengan masalah mencari bapa kandung untuk menjadi wali perkahwinannya sejak setahun lalu. – – Foto Balkisyh Semundur Khan

Majlis akad nikah pelakon drama Mok Cun itu diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim, hanya disaksikan 20 tetamu, jam 2.30 petang ini.

Pasangan mempelai kemudiannya diraikan di sebuah restoran di ibu kota dengan dihadiri sekitar 50 tetamu, jam 5 petang.

“Alhamdulillah, segala kesukaran untuk mencari bapa kandung, Semundur Khan Gulam Khan sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI.

Terdahulu, kisah pelakon berkenaan berdepan kesukaran mencari bapanya untuk dijadikan wali mendapat perhatian ramai.

“Saya berusaha mencari bapa termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal.

“Saya pernah membuat carian di JPN membabitkan rekod kematian dan alamat terakhir. Selepas dua minggu, saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kematian dan alamat terakhirnya di Tawau, Sabah.

“Malangnya, rumah itu sudah dijual, sejak lima tahun lalu. Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara, sejak empat tahun lalu.

“JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim,” katanya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama, namun permohonan tetap ditolak.

 

Balkisyh Semundur Khan memilih lelaki yang sanggup mengharungi kehidupan susah payah bersamanya untuk dijadikan teman hidup. - Foto Balkisyh Semundur Khan
Balkisyh Semundur Khan memilih lelaki yang sanggup mengharungi kehidupan susah payah bersamanya untuk dijadikan teman hidup. – Foto Balkisyh Semundur Khan

 

Balkisyh berkata, dia mengenali suaminya yang juga seorang petugas barisan hadapan sejak tiga tahun lalu.

“Suami berstatus duda dan tiada cahaya mata. Saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang boleh menerima pahit getir hidup saya. Lebih utama, suami dapat menerima dan serasi dengan dua cahaya mata saya.

“Dia sangat tabah dan sanggup melalui kegetiran hidup bersama saya. Kebaikan dan keperibadian dimilikinya juga membuatkan hati saya terbuka menerimanya menjadi teman sehidup semati,” katanya.

Balkisyh pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah drama, Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.-BH

Akhirnya Erra Fazira selamat diijabkabulkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker