Tiga maut terhidu gas dalam loji kumbahan
Kuala Lumpur: Tiga pekerja pembersihan termasuk seorang warga Bangladesh maut selepas terhidu gas di dalam loji kumbahan di Pantai Dalam, di sini, hari ini.
Kejadian pada jam 2.40 petang itu turut mencederakan seorang warga Bangladesh manakala dua lagi individu terselamat.
“Bagaimanapun mereka mengalami masalah pernafasan selepas terhidu gas dari loji kumbahan berkenaan.
“Dua mangsa warga Bangladesh berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari loji terbabit sebelum pasukan bomba sampai,” katanya.
Menurutnya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak yang tiba di lokasi melakukan kerja bacaan udara dan pengudaraan di lokasi bagi memastikan keadaan kualiti udara di dalam keadaan selamat.
Katanya, seorang mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital manakala tiga lagi mangsa yang disahkan meninggal dunia berjaya dinaikkan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
“Pasukan penyelamat seterusnya melaksanakan proses dekontaminasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya-HM
PENCEMARAN BAU : 33 murid di Pasir Gudang loya, muntah selepas terhidu bau busuk