Kena bayar RM1,500 untuk dapat kerja

BENTONG – Awas para pencari kerja kerana seorang penganggur di sini kerugian RM1,500 selepas ditipu lelaki yang menawarkannya pekerjaan dalam kejadian semalam.

Lelaki berusia 36 tahun tersebut dihubungi suspek selepas menghantar resume untuk memohon jawatan sebagai pengurus ladang kelapa sawit di Bahau, Negeri Sembilan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa ditemuduga melalui telefon sejurus beberapa jam menghantar resume.

“Suspek memaklumkan mangsa telah diterima bekerja dan perlu membayar RM1,500 untuk membuka akaun di sebuah bank di Singapura,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Wazir menambah, mangsa yang tidak berasa ragu-ragu telah membuat pemindahan wang ke dalam akaun bank milik seorang lelaki pada 23 Disember lalu.

Katanya lagi, sejurus bayaran dibuat mangsa cuba menghubungi suspek untuk bertanya mengenai tarikh memulakan kerja, namun panggilan beberapa kali tidak dijawab.

“Mangsa segera membuat semakan dan mendapati syarikat perladangan yang dinyatakan itu tidak wujud,” kata beliau.

Lelaki berkenaan membuat laporan di Balai Polis Karak semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. K Online

Kak Wan Dah Bayar Ke Saman FELDA Yang Ada Potongan Sebanyak 96.5% Tu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker