Kan dah kena cekup…

Ampang: Tindakan seorang lelaki membuat bising dan melakukan provokasi menghentak botol minuman ketika polis menyerbu sebuah kafe dan pub di Jalan Pandan Indah, di sini, mengundang padah apabila dia ditahan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam operasi 12.20 tengah malam itu, pelanggan berusia 36 tahun itu mengganggu pegawai polis yang sedang membuat catatan dengan membuat bising dan menghentak botol minuman.

Menurutnya, susulan itu, dia ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam apabila gagal memberikan kerjasama semasa pemeriksaan dibuat.

“Selain itu, 51 pelanggan dan enam pekerja

dikenakan kompaun pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana tidak menjaga penjarakan sosial dan pub beroperasi lebih masa yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. HM

Harap SPRM cekup orang dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker