5 Filem Hollywood Paling Rugi Sepanjang 2020

Pandemik COVID-19 yang berlaku telah memberi kesan terhadap pelbagai pihak, antaranya industri filem. Telah diketahui bahawa industri filem juga menerima kesan akibat pandemik yang berlaku. Berikut adalah 5 filem Hollywood yang mengalami kerugian sepanjang 2020. Adakah filem kegemaran anda turut tersenarai? Stay tune guys!

5. Onward

Filem The Onward, yang release pada 6 Mac 2020, adalah salah satu filem animasi yang paling ditunggu-tunggu. Lebih-lebih lagi, suara aktor tersebut adalah Tom Hollad, aktor bagi filem Spiderman. Namun, malangnya release filem Onward sewaktu pandemik COVID-19. Hal ini mengakibatkan pawagam terpaksa ditutup lebih awal dan membuatkan filem Onward menjadi agak lesu.

Filem Onward yang mengisahkan tentang Ian Lightfoot (Tom Holland) dan Barley Lightfoot (Chris Pratt) dalam usaha mencari artifak untuk menghabiskan hari terakhir bersama ayahnya. Menurut Variety, Onward menggunakan sekitar 175-200 juta USD sebagai modal. Walaubagaimanapun, filem ini hanya meraih keuntungan sebesar 141 USD sahaja.

4. The Call Of The Wild

Filem The Call Of The Wild ini diadaptasi dari novel terkenal berserta tajuk yang sama. Filem ini menampilkan kisah Harrison Ford, yang memaikan watak John Thornton dengan anjing kesayangannya bernama Buck. Dipendekkan cerita, John Tornton dan Buck menjadi satu pasukan dalam menghantar surat ke daerah penuh salji di Yukon, Kanada.

Walaupun ianya didaptasi dari novel yang terkenal, filem The Call Of The Wild ini tidak mendapat sambutan yang baik sewaktu ia release pada 21 Februari 2020. Pengkritik  Amerika Syarikat mengkritik bahawa filem ini kekurangan unsur semula jadi dan produser dan pengarahnya hanya memfokuskan pada teknologi CGI sahaja.

Dipetik dari The Numbers, filem The Call Of The Wild yang menggunakan bajet sebanyak 150 juta USD mengalami kerugian. Hal ini keran filem ini hanya meraih keuntungan sebanyak 110 juta USD dan mengalami kerugian sebanyak 40 juta USD.

3. Underwater

Underwater adalah antara filem yang mengalami kerugian pada awal tahun ini. Filem yang dibintangi oleh Kristen Stewart sebagai Norah Price. Walaubagaimanapun, filem yang membuatkan Kristen Stewart memotong rambutnya itu menerima kritikan ppedas dari pihak pengkritik. Underwater dikatakan kurang membina suasana survival dalam air.

Menurut Deadline dan Box Office Mojo, filem yang menelan perbelanjaan sebanyak 80 juta USD ini hanya meraih keuntungan sebanyak 40 juta USD sahaja. Aksi Kristen Stewart di dalam Underwater juga mengakibatkan kerugian sekitar 50 peratus atau 40 juta USD.

2. The Rhythm Section

Filem The Rhythm Section ini telah ditayangkan pada 31 Januari 2020. Filem bergenre aksi thriller ini dibintangi oleh isteri kepada Ryan Reynolds iaitu Blake Lively yang memainkan watak sebagai Stephanie Patrick. Filem ini mengisahkan Stephanie yang berduka setelah menerima berita bahawa seluruh keluarganya mati akibat nahas pesawat yang dirampas oleh pengganas.

Walaupun ianya ditayangkan pada awal tahun 2020, filem ini tidak dapat membuahkan hasil yang lumayan. Menurut The Numbers, filem yang menelan perbelanjaan sebanyak 50 juta USD ini hanya meraih keuntungan sebanyak 6 juta USD sahaja. Hal ini bermaksud filem The Rhythm Section ini telah mengalami kerugian sebanyak 44 juta USD!

1. Mulan

Filem aksi Mulan adalah projek Disney yang paling ditunggu-tunggu ramai. Hal ini kerana watak utama bagi filem ini iaitu Liu Yifei terpaksa berlatih seni mempertahankan diri selama beberapa bulan untuk melakukan babak yang berbahaya sebagai Mulan. Namun, usaha Liu Yifei tidak membuahkan hasil.

Mulan adalah antara filem Disney yang mengalami kerugian pada tahun 2020. Hal ini kerana filem yang release pada 4 September 2020, dibatalkan screenings, dan ditayangkan di Disney+ kerana pendemik COVID-19. Menurut Box Office Mojo, filem Mulan yang menelan perbelanjaan sebanyak 200 juta USD ini hanya meraih keuntungan sebanyak 70 juta USD sahaja. Jika dihitung, filem Mulan ini telah mengalami kerugian sebanyak 130 juta USD!

Adakah filem kegemaran anda turut tersenarai? – Murai

Mulan, Tenet, New Mutans, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Antara Filem Hebat Yang Bakal Muncul Di Pawagam Rumah Anda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker