Harga runcit minyak naik lagi

Harga RON95, RON97, diesel naik dua sen

Harga runcit petrol RON95, RON97, diesel masing-masing naik dua sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula mekanisme harga automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.80, RON 97 (RM2.10) dan diesel (RM1.98).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, kata kenyataan itu.

Nota : Harga minyak mentah dunia turun dua minggu berturut-turut, tapi harga pasaran petrol dan diesel asyik naik sahaja.

Sudahlah rakyat terbeban dengan berbagai kenaikan harga barang, harga minyak pula asyik naik.

Britain haramkan jualan kereta guna bahan api petrol, diesel menjelang 2030

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker