Tukang cat berdepan penjara 30 tahun, mengaku salah, sumbang mahram dengan adik kandung

 

KUALA LUMPUR: Seorang tukang cat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya, Ogos lepas.

Lelaki berusia 25 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Tertuduh didakwa sebagai abang kandung, yang melakukan persetubuhan dengan adiknya berumur 21 tahun.

Peniaga pasar malam dipenjara lima bulan tumbuk kepala ibu kandung

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam sebuah rumah di Jalan Sepakat Off Klang Lama di sini pada Ogos lepas, mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon tarikh lain untuk sebutan bagi fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 5 Jan 2021 untuk menjatuhkan hukuman terhadap lelaki tersebut.

[VIDEO] Pendakwah Selebriti Hadapi Tuduhan Persetubuhan Luar Tabii

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker