Misi Sebenar MUDA Mengancam Ketenteraman Masyarakat

Isu hangat media sosial kebelakangan ini sekali lagi melibatkan si budak mentah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan kelompok liberalnya yang dipanggil MUDA. Sejak diumumkan pada bulan September tahun ini, sememangnya tiada pergerakan langsung oleh Syed Saddiq dan konco-konconya.

Rajah 1 – Mencetuskan ketidaktenteraman – agenda MUDA.

Alasannya, proses pendaftaran partinya sengaja dilengahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ataupun Registrar of Societies (RoS). Malah, pelbagai rungutan telah diluahkan oleh Syed Saddiq mengenai isu ini. Hakikatnya, MUDA bukanlah sebuah parti yang benar-benar mewakili dan menegakkan kepentingan warga belia negara ini. Hampir mustahil untuk kelompok liberal yang berasal dari Lembah Klang ini untuk menjadikan perjuangan mereka sebuah gerakan yang berkesan seperti yang diperjuangkan oleh parti-parti politik berdaftar seperti UMNO, PAS, mahupun DAP.

Setelah berbulan-bulan lamanya kami mendengar pelbagai promosi MUDA sebagai sebuah aliran politik yang baharu, sehingga ke hari ini ramai yang masih tidak tahu apakah prinsip dan perjuangan parti tersebut. Perlembagaan parti yang tidak terus terang dan sukar difahami rakyat biasa, serta struktur kepimpinan yang masih tidak jelas menyebabkan orang ramai tertanya-tanya apakah fungsi gerakan yang dipelopori oleh Ahli Parlimen Muar ini?

Nampaknya ini hanya suatu kaedah untuk memastikan kerjaya politik Syed Saddiq tidak dikuburkan pada pilihanraya umum yang menjelang. Platform anak muda yang diuar-uarkan ini bukan sahaja kurang jelas dari segi ideologinya malah tidak ada hala tuju yang membawa sebarang manfaat kepada golongan belia di negara ini.



Rajah 2 – Gerakan protes yang di tiru oleh MUDA

Apakah logik di sebalik mengadakan protes ala-ala Umbrella Movement seperti di Hong Kong, di mana gerakan itu menggunakan payung sebagai simbol “kemarahan” mereka? Adakah Syed Saddiq dan golongan liberalnya ingin mencetuskan ketidaktenteraman antara rakyat? Nampak sangat agenda mereka ini untuk mengancam kestabilan negara tercinta kita.

Golongan muda harus menolak unsur-unsur politik kotor seperti ini. Sudah tentunya tindakan ini tidak disambut baik RoS – kini mereka mempunyai sebab yang kukuh lagi munasabah untuk tidak meluluskan permohonan pendaftaran MUDA sebagai parti politik. Ini hanya sebuah percaturan  di mana bukan sahaja golongan belia, tapi Syed Saddiq sendiri telah dipergunakan oleh mahafiraun zalim, Tun Dr. Mahathir.

Rajah 3 – Lompat pagar, takut menghadapi kebenaran.

Syed Saddiq perlu sedar bahawa perjuangannya dengan MUDA ini sangat tidak relevan dengan golongan belia, terutamanya mereka yang berada di luar kawasan Lembah Klang. Apakah seorang belia yang menetap di luar bandar mengharapkan para politikus mengamalkan ketelusan, reformasi ataupun kecemerlangan pentadbiran sedangkan peluang pekerjaan dan pembelajaran kini dalam situasi yang agak teruk apatah lagi pergerakan belia yang hanya mampu melawan pihak berkuasa?



Pengumuman bahawa MUDA berhasrat untuk membawa RoS ke mahkamah ini menunjukkan perjuangan mereka ini terpesong dari apa yang diumumkan oleh Syed Saddiq pada asalnya. Senang sangat untuk membuktikan dakwaan ini – tengoklah siapa peguam-peguam yang dilantik MUDA untuk memperjuangkan kes mereka. Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan bekas pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan.

 

Tommy Thomas dan Ambiga Sreenevasan

Pelantikan kedua-dua peguam ini dalam tindakan undang-undang terhadap RoS jelas menunjukkan terdapat fahaman liberal yang semakin disambut dan dipupuk oleh MUDA. Nampak tak sekarang agenda golongan liberal ini? Siapa yang tidak kenal Tommy Thomas, yang dalam kapasiti beliau sebagai Peguam Negara telah secara tidak langsung melengahkan proses keadilan untuk arwah Muhammad Adib Mohd Kassim dalam rusuhan kuil lebih 2 tahun yang lalu? Malah Tommy Thomas juga “terkenal” sebagai seorang peguam yang tidak fasih berbahasa Melayu. Beliau juga telah menutup kes rasuah terhadap Lim Guan Eng dan isu LTTE sebelum ini.

Ambiga pula terkenal dengan sikap lantangnya dalam memperjuangkan “hak sama rata” dan dakwah-dakwah liberal Bersih. Ramai juga yang masih ingat tentang kes murtad Lina Joy, di mana Ambiga adalah peguam Lina bagi kes tersebut – memperjuangkan hak Lina untuk meninggalkan ajaran Islam yang diwarisinya daripada ibu bapa.



 

Rajah 4 – Syed Saddiq sebenarnya liberal yang mengamalkan cara hidup hedonistik

Adakah MUDA akan turut “memperjuangkan” golongan murtad dan ajaran sesat di negara ini?

Seakan-akan MUDA sedang bertungkus-lumus dalam mewujudkan negara yang liberal dan mesra LGBT dengan mematahkan ekonomi negara.

Keinginan MUDA dalam membawa agenda liberal boleh kita nampak dengan amat jelas sekali. Pelantikan peguam-peguam liberal, serta penglibatan golongan anti-monarki seperti Lim Wei Jiet harus menyedarkan anak bangsa kita bahawa perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat.



Kehadiran agenda liberal dalam arena politik kita akan membawa kesan yang buruk, terutamanya bagi masyarakat Melayu Islam yang cintakan negara. Dengan kejadian murtad dan cara hidup hedonistik yang berleluasa, tidak mustahil jika suatu hari nanti ajaran liberal akan dianuti oleh anak cucu kita, dan bukan Islam warisan ahlus sunnah wal jamaah.

Mungkin perkara sebegini dapat dibendung pada hari ini, namun adakah kita sanggup mengambil risiko?

Puak-puak liberal sebegini harus dikekang dengan serta-merta, sama ada menggunakan kekerasan ataupun tidak!

 



Zulhilmi Zailani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker