Jokowi dijangka umum Kabinet baharu hari ini



Sebaran :

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dijangka mengumumkan Kabinet baharunya hari ini.

Menurut Ketua Sekretariat Presiden Heru Budi Hartono kepada Bloomberg, tiada butiran lanjut diperolehi buat masa ini dan pengumuman tersebut mungkin dibuat pagi atau petang ini.

Isu rombakan Kabinet itu kian kencang setelah Jokowi dan wakil Presiden Ma’ruf Amin melakukan pertemuan empat mata semalam, media tempatan melaporkan.



Ia diperkuatkan lagi dengan laporan bahawa Jokowi bakal mengundang sejumlah calon menteri ke istana.

Beberapa tokoh terkemuka negara itu disebut-sebut sebagai calon menteri Jokowi. Antaranya Budi G Sadikin yang disebut menggantikan Terawan Agus Putranto sebagai Menteri Kesihatan.

Manakala bekas Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini pula dikatakan bakal menggantikan Juliari P. Batubara sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial.



Juliari sebelum ini ditahan bersama Menteri Perikanan Edhy Prabowo dalam satu siasatan kes rasuah. Awani


Sebaran :


Leave a Reply