Benjolan – Ini Tanda-Tanda Kanser Limfoma Anda Mungkin Tak Sedar

Sebut sahaja penyakit kanser, sudah pasti ramai dalam kalangan masyarakat kita yang gerun kerana penyakit ini boleh meragut nyawa. Banyak sebenarnya jenis penyakit kanser ini dan antara yang kurang mendapat perhatian ramai adalah tentang kanser Limfoma. Tahukah anda bahawa 1 daripada 5 atau 20% rakyat Malaysia menhidapi penyakit kanser limfoma sama ada mereka sedar ataupun tidak. Walaupun masih tiada rawatan bagi menyembuhkan kanser ini, namun anda masin boleh mendapatkan rawatan susulan.

Menerusi laman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerangkan makna Kanser Limfoma atau lebih dikenali sebagai kanser darah. Limfoma terjadi apabila sel limfosit yang berada di kelenjar limfa membiak di luar kawalan.

TANDA DAN GEJALA KANSER LIMFOMA



Menurut kajian, limfoma pada awalnya mungkin tidak mempunyai simptom tetapi simptom yang terawal akan didapati adalah pembesaran kalenjar limfa.

Namun, beberapa tanda dan gejala yang perlu anda ambil tahu iaitu;

1.Benjolan di leher, ketiak atau pangkal peha (tanda utama)

2.Demam berpanjangan



3.Hilang selera makan

4.Hilang berat badan

5.Ruam dan kegatalan kulit

6.Keletihan dan tidak bertenaga



SIAPA PULA YANG BERISIKO MENDAPAT PENYAKIT BERBAHAYA INI?

Antara golongan yang akan sering mendapat penyakit ini adalah mereka yang mempunyai sistem imum yang lemah. Antara pesakit tersebut adalah;

1.Peskait autoimum



2.Pesakit jangkitan virus seperti HIV dan Hepatitis C

3.Penerima organ

3.Mempunyai keluarga terdekat yang menghidap limfoma.

Rawatan untuk kanser ini adalah bergantung kepada tahap kanser tersebut. Paling penting, pesakit tersebut perlu disiplin. Jadi, selepas meneliti perkara di atas, apa kata kita sama-sama membuat rawatan untuk mencegah daripada sebarang penyakit.



Kanser ketiga kerap berlaku dalam kalangan wanita muda Kanser ketiga kerap berlaku dalam kalangan wanita muda

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker