SPRM buka siasatan isu seludup daging

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sudah membuka kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import yang didedahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) baru-baru ini.

SPRM memandang serius perkara itu kerana ia membabitkan isu kepentingan rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kerjasama beberapa agensi seperti KPDNHEP, MAQIS dan Kastam Diraja Malaysia akan diperolehi.



Fokus siasatan adalah terhadap isu pemalsuan borang Kastam 1 iaitu pengisytiharan barangan import serta amalan rasuah dalam kalangan agensi terbabit.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan berhubung siasatan tetapi meminta semua pihak untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Menurutnya, membincangkan isu ini di media massa akan menyukarkan siasatan SPRM dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil.

Media semalam mendedahkan kegiatan kartel daging yang memberi rasuah terhadap pegawai kerajaan bagi membolehkan daging tidak halal dibawa masuk ke negara ini sejak 40 tahun lalu.



Ia menjadi isu apabila daging tidak halal ini menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memperdaya pengguna Islam di negara ini. HM

Jual rokok seludup kepada pelajar guna kod rahsia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker