Gurauan khianat

Bergurau tidak bertempat. Itu terjadi terhadap 16 penghantar makanan di Filipina yang terkena prank apabila mereka menghantar makanan ke alamat sama menerusi tempahan mengikut sistem bayar selepas terima (COD).

Kejadian berlaku di sebuah rumah milik ahli perniagaan, Vladimir Cuevas, 25, hingga tular di media sosial dan menarik perhatian netizen.

Coconut Manila melaporkan Cuevas memuat naik hantaran di media sosial mengenai penghantaran itu apabila sekumpulan penghantar makanan tiba di depan rumahnya secara serentak.

“Kasihan penghantar makanan ini. Dan anda menggunakan alamat kami. Ada banyak pesanan. Adakah ini untuk parti?” Cuevas menulis dalam hantarannya yang dikongsi hampir 700 kali.



Cuevas dalam temu bual itu berkata, penghantar makanan tiba muncul di depan rumahnya, jam 3 petang.

“Mereka membeli 1,700 peso (RM143) hingga 1,900 peso (RM160) setiap satu dalam pesanan makanan berkenaan.

“Mereka membelinya daripada rangkaian makanan segera berbeza,” katanya.

Katanya, dia terkejut apabila pesanan tiba satu demi satu, tetapi tidak menggunakan langsung aplikasi berkenaan hari berkenaan.



“Kami terkejut ketika mereka tiba satu demi satu. Tetapi mereka tiada nombor telefon kami. Hanya alamat kami digunakan menerusi pesanan berkenaan,” kata Cuevas.

Cuevas yang kasihan dengan penghantar berkenaan membayar untuk empat pesanan dan selebihnya diambil jirannya.

“Jiran saya beli makanan dari (penghantar) lain manakala sebahagian mereka meninggalkan dan menjual makanan di tempat lain.

“Mereka semua terkejut (dengan apa yang berlaku) kerana mereka sampai ke alamat sama,” katanya.



Melalui resit dipamerkan penunggang, tertera pesanan itu datang daripada dua pengguna menggunakan nama Triple X dan Keisha Ann Bernabe. HM

Amekaw. !!! Tekan Sampai 42 kali!



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker