Ugutan bunuh cetus kebimbangan, gesa hapuskan LTTE!

Pengerusi Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari meluahkan rasa kesal kerana isu kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) masih belum selesai meskipun sudah bertukar kerajaan.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa malu apabila seorang Ketua Polis Negeri yang saya sifatkan sebagai ‘SuperCop’, Datuk Ayob Khan turut pernah diugut oleh pengganas LTTE,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan bahawa beliau menerima ugutan terbaharu daripada anggota LTTE yang mahu membunuhnya.



Beliau berkata, ugutan itu yang diterimanya pada minggu lalu dilakukan oleh tiga anggota LTTE yang berada di Selangor.

“Ugutan itu mengatakan tiga anggota LTTE akan datang ke Johor untuk membunuh saya. Ini ugutan terbaharu yang saya terima,” katanya.

Mengulas lanjut, Cikgu Izzat yang juga Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mempersoalkan sama ada tindakan memerangi pengganas seperti LTTE adalah bersifat ‘bermusim’ oleh kerajaan.

“Tukar kerajaan, dilupakan? Tukar lagi kerajaan, senyap seribu bahasa?”



“Jika isu pengganas seperti LTTE tidak dibendung atau diatasi segera, ianya akan memberi kesan negatif malah akan membuatkan seluruh rakyat tidak tenteram dan terus dibelenggu rasa takut.

“Apa tidaknya, seorang penjawat awam iaitu anggota bomba yang meninggal dunia akibat rusuhan di kuil Subang Jaya dua tahun lalu, arwah Adib, sehingga hari ini tidak mendapat pembelaan,” katanya.

Related Articles

2 Comments

  1. Puak2 pengganas Tamil LTTE ini masih aktif di negara ini kerana pemimpin2 tertinggi mereka masih bebas mengeluarkan kenyataan2 sombong dan ugutan, seolah2 undang2 negara ini tidak ada kuasa menangkap mereka kerana memegang jawatan2 tinggi politik. Mungkin jika pemimpin2 ini ini diseret dan dikenakan tuduhan dan dipenjarakan ahli2 LTTE akan kecut dan lenyap.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker