Gali semula mayat Maradona untuk dipamerkan

Buenos Aires: Mayat Diego Maradona mungkin akan digali semula dan kemudiannya dipamerkan bersama barisan trofi dimenanginya.

Impian bintang Argentina itu yang popular dengan gelaran ‘Tangan Tuhan’ sebelum kematiannya adalah meminta mayatnya untuk diawet.

Maradona memberitahu perkara itu kepda peguamnya, Matias Morla menerusi sepucuk surat bahawa dia mahu menerima penghormatan sama seperti pemimpin Russia, Vladimir Lenin yang mayatnya diawet dan kemudian dipamerkan di Red Square di Moscow sejak 1924.

Surat yang ditandatangani Maradona bertarikh 13 Oktober, seminggu sebelum kematiannya akibat serangan jantung itu berbunyi: “Selepas melakukan analisis secara mendalam, saya ingin menyatakan hasrat bahawa selepas kematian saya, tubuh saya diawet dan dipamerkan di muzium.

“Dikelilingi trofi, barangan peribadi dan kesayangan untuk terus menerima kasih sayang daripada orang ramai.”

Mario Baudry, peguam kepada kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia 1986 itu menerangkan idea bagaimana untuk mengeluarkan semula mayat Maradona dari tanah perkuburan Bella Vista berhampiran Buenos Aires.

“Rancangannya adalah untuk membina makam bagi membolehkannya peminat mengunjunginya.

“Ia sesuatu yang Maradona pernah bincangkan bersama adik-beradiknya.

“Cadangan kami ini adalah serius, lengkap dan dengan kos yang ditanggung tetapi akhirnya terletak di tangan Persekutuan Bolasepak Argentina.” HM

[FOTO] Dipecat Bergambar Dengan Mayat Maradona

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker