[FOTO] Dipecat Bergambar Dengan Mayat Maradona

Terkini di My KMU !!!!---->

Seorang pekerja rumah pengebumian dipecat gara-gara tindakannya mengambil gambar bersebelahan keranda Diego Maradona.

Gambar mengejutkan itu menunjukkan pekerja terbabit memberikan reaksi bagus di tangannya di sebelah mayat legenda berusia 60 tahun itu.

Lelaki terbabit difahamkan ditugaskan untuk mempersiapkan mayat Maradona untuk upacara pengebumian.

Pemilik pusat pengebumian Sepelios Pinier mengesahkan kepada media tempatan bahawa pihaknya sudah memecat pekerja berkenaan.

Gambar yang tular di media sosial itu mencetuskan kemarahan peminat legenda Argentina yang memenangi Piala Dunia itu.

Seorang pemilik akaun Twitter menulis: “Dia sepatutnya digugurkan kewarganegaraan Argentina. Anda tidak sepatutnya melakukan perbuatan seperti itu. Jelas sekali tiada hormat.”

Maradona meninggal dunia ketika tidur selepas mengalami serangan jantung, kelmarin.

Legenda itu sedang menjalani rawatan di rumahnya di Tigre selepas keluar dari hospital 11 November lalu susulan pembedahan membuang darah beku di bahagian otak. – AGENSI

Maradona Meninggal, Penyanyi Madonna Jadi Trending Bila Ada Netizen Ucap RIP Kepadanya

Maradona Selamat Dikebumikan

Leave a Reply