Amekaw. !!! Tekan Sampai 42 kali!

Cebu: Pesan hanya satu namun 42 penghantar makanan tiba di depan rumah.

Itu yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak di Filipina yang menerima 42 pesanan makanan gara-gara masalah internet.

Kisah itu berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang terpaksa membuat pesanan makanan menerusi aplikasi kerana ibu bapanya bekerja.

Kompas melaporkan laluan sempit di Barangay Mabolo, dekat sini, dipenuhi penghantar makanan gara-gara kesilapan aplikasi itu.

Kejadian berlaku jam 11 pagi, Rabu lalu apabila kanak-kanak itu bersama neneknya memesan filet ayam dengan nasi serta kentang goreng berharga 189 peso (RM15.89).

Bagaimanapun, mereka terpaksa membayar 7,938 peso (RM671) untuk 42 pesanan itu.

Dia bagaimanapun gagal membayar keseluruhan 42 pesanan itu berikutan ibu bapanya hanya meninggalkan wang secukupnya untuk membeli filet ayam itu.

Jiran kanak-kanak itu, Dann Kayne Suarez berkata, kanak-kanak itu sememangnya sudah biasa dan kerap memesan makanan menerusi aplikasi itu.

Bagaimanapun, masalah internet menyebabkan proses pesanan menjadi lambat membuatkan kanak-kanak itu menekan pesanan sama sebanyak 42 kali.

Sekumpulan 42 penghantar makanan yang tiba di kejiranan itu secara serentak menyebabkan jiran sekitarnya terkejut hingga tular di sosial media.

Kanak-kanak itu dilaporkan ketakutan dan menangis sebaik melihat kedatangan pesanan sebegitu banyak berikutan tiada wang untuk membayarnya.

Bagaimanapun, jiran tetangga kanak-kanak itu berhasrat membeli filet ayam itu termasuk Dann yang kemudian memuat naik gambar dan video di sosial media.

Namun, tidak semua filet ayam itu dibeli, sesetengahnya terpaksa dipulangkan kembali ke restoran.-HM

Gigih demi mencari rezeki, penghantar makanan hanya jalan kaki hantar pesanan

Leave a Reply