Gigih demi mencari rezeki, penghantar makanan hanya jalan kaki hantar pesanan

Apabila sebut sahaja mengenai penghantar makanan pasti kita terbayangkan mereka akan menggunakan motorsikal atau kereta untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Namun, ada pasti tidak percaya apaba ada seorang penghantar makanan dari FoodPanda ini hanya berjalan kaki untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Sarawak Roads Update, beberapa foto melihatkan penghantar makanan itu sedang berjalan kaki untuk melakukan pekerjaannya demi mencari rezeki.

Menurutnya, penghantar makanan yang berjalan kaki ini dipanggil sebagai “Walker”.

Walker ini dikatakan akan berjalan kaki bagi menghantar pesanan dalam jarak 2km daripada restoran atau kedai-kedai makanan yang menggunakan perkhidmatan FoodPanda.

Mereka ini amat cekal dan gigih demi mencari rezeki yang halal, walaupun pastinya kepenatan berjalan kaki seharian.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker