Junior Avengers juara badminton remaja berpasukan campuran BAM

KUALA LUMPUR: Kesabaran dan kerjasama berpasukan menjadi kunci kejayaan pasukan Junior Avengers berjaya muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM), di Bukit Kiara, di sini, hari ini.

Pasukan Junior Avengers mendominasi saingan hari terakhir dengan membenam Junior Terminators 8-4, sekaligus menghuni tangga teratas.

Dalam saingan itu, pasukan Junior Avengers yang diketuai Jacky Kok Jing Hong mendahului menerusi gandingan Chan Wen Tse-Siti Zulaikha Azmi yang menundukkan Adiyna Anuar-Ong Xin Yee 15-9, 13-15, 15-12.



Namun, Terminators bangkit mendahului 2-1 menerusi Jimmy Wong-Cheng Su Yin yang menundukan Jacky Kok-Go Pei Kee 15-13, 14-15, 15-8 sebelum Muhammad Faiq Haziq-Owen Low mengalahkan Chee Hong Wei-Lee Yen Wei 14-15, 15-8, 15-14.

Avengers bagaimanapun mempamerkan aksi cemerlang apabila mengutip enam mata selepas itu untuk mendahului 7-2.

Tiga mata dihasilkan menerusi perseorangan lelaki, Eogene Ewe Eon yang menewaskan Dylan Ooi 13-15, 15-11,15-12 diikuti V Poopathi mengatasi Muhammad Fazriq Mohd Razif 9-15, 15-3,15-11 serta Jan Jireh Lee menundukkan Kee Is Qian 15-5, 15-13.

Dua lagi mata hadir daripada perseorangan wanita iaitu Siti Nurshuhaini Azman dan Chan Wen TSe yang menang ke atas lawan masing masing manakala satu mata disumbang beregu lelaki, Beh Chun Meng-Liew Xun yang mengalahkan Bryan Jeremy-Muhammad Haikal Hanafi 15-12, 15-14.



Ong Xin Yee dan Muhd Faiq Haziq menyumbang mata untuk Junior Terminators selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing- masing untuk kedudukan 4-7.

Gandingan Cheng Su Hui-Go Pei Kee menyumbang mata penting Avengers selepas menang ke atas gandingan Lee Xin Jie-Oh Jia Qi 15-9, 15-7 untuk keputusan akhir memihak Junior Avengers 8-4.

Junior Avengers dan Junior Terminators berkongsi dua mata, namun dibezakan dengan jumlah set yang dimenangi dalam semua perlawanan.

“Saya akan pastikan rakan dapat peluang untuk bermain dan memberikan ruang kepada mereka untuk memilih sendiri acara.



“Peluang dilihat 50-50 kerana saya tahu pasukan lawan juga akan memberikan tentangan yang sengit dan tidak menyangka akan muncul juara di kejohanan ini,” kata Jing Hong.

Tempat ketiga pula milik Junior Transformers yang melakar kemenangan 7-5 ke atas Junior Dominators.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker