Pembuat Kek Ipoh Layan ‘Request’ Pelanggan Mahu Lain Dari Yang Lain- Bersedia lah beb…
Cicak dan lipas. Dua jenis serangga ‘masyhur’ yang sentiasa membuatkan hidup manusia menjadi tidak keruan baik dalam jaga ataupun tidur.
Walaupun bersaiz kecil, ia telah terbukti 100% boleh membuatkan seseorang berubah perwatakan sekelip mata!
Secara umum, cicak dan lipas merupakan serangga yang agak menggelikan. Lebih-lebih lagi apabila ia dikaitkan dengan makanan, sudah tentu makanan itu akan dibuang jika wujud kehadirannya serangga-serangga tersebut.
Pelanggan minta buatkan kek ‘cicak’
Namun begitu, seorang pembuat kek dari Ipoh telah berjaya menarik perhatian ramai melalui kreativiti tersendiri apabila dia menggubah kedua-duanya menjadi makanan yang ‘sedap’ sekaligus mengubah persepsi negatif tentang serangga-serangga itu.
Pembuat kek yang dikenali dengan nama Ethan dan Irene Wong telah tular di laman sosial setelah mereka berkongsi gambar sebiji kek yang dihiasi dengan ‘cicak dan lipas’ yang boleh dimakan.
Menurut temubual yang direncanakan oleh SAYS, Ethan memberitahu bahawa seorang pelanggan telah meminta sebiji kek bertemakan cicak untuk dihadiahkan kepada kakaknya yang takut dengan serangga terbabit.
Menuruti permintaan pelaggan mereka, Ethan dan Irene memulakan projek baru itu dengan mengambil gambar cicak di sekeliling rumahnya sebagai inspirasi kepada kek tersebut.
“Kami mahu kek tersebut kelihatan seperti simen supaya cicak-cicak nampak seperti sedang memanjat dinding,” Ujarnya.
Nak ‘Prank Member’ Dengan Lipas Mainan, Sekali Betul Ada Lipas Sebenar. Lawak! [Video]
Kakak order kek lipas pulak nak balas dendam
Oleh kerana kejutan ‘kek’ yang tidak disangka tersebut, beberapa minggu berikutnya, kakak kepada pelanggan itu telah memesan sebuah kek baru sebagai cara untuk membalas dendam terhadap hadiah adiknya.
Jadi, pembuat kek dari Ipoh berkenaan melapisi kek tersebut dengan frosting coklat dan menambah hiasan ‘lipas’ yang boleh dimakan yang kelihatan seakan-akan keluar dari dalam kek.
Nampak real betul!
Menariknya, lipas-lipas tersebut kelihatan sangat realistik, dengan kilatan pada sayapnya seperti seekor lipas sebenar.
Siapa nak untuk birthday?
Di ruangan komek Facebook dan Instagram milik mereka, rata-rata netizen memberikan reaksi terkejut dan ada juga yang bergurau dengan menyatakan mereka ingin menghadiahkan kek-kek ini kepada teman-teman mereka.
Kalau kawan bagi, I pengsan terus
Kalau makan, kek ni tumbuh balik ke?
Hargai kreativiti ni, tapi I tak rasa nak makan
Kek atau tak, pegang pun geli dah
Kreatif sungguh Ethan dan Irene Wong! Buat pengetahuan semua, mereka merupakan pengasas kepada kedai kek The Slice Ipoh Homebaker.
Bangga betul sebagai seorang anak Malaysia, kerana mereka mampu menghasilkan kek yang cukup realistik sebegitu.-OhMyMedia
Sumber: Facebook The Slice Homebaker , SAYS
[VIDEO] Ruhainies Kenakan Kakak Guna Kek Birthday Bentuk Lipas Gergasi!
You must be logged in to post a comment.