Nak ‘Prank Member’ Dengan Lipas Mainan, Sekali Betul Ada Lipas Sebenar. Lawak! [Video]

Rakan adalah seseorang yang sangat dekat dengan kita selain ahli keluarga. Tentunya kehadiran mereka sedikit sebanyak dapat mewarnai keceriaan dalam hidup kita.

Mereka ibarat ahli keluarga yang sering bersama kita dalam suka dan duka. Ada ketikanya sentiasa bersama kita walaupun waktu susah.

Dengan kehadiran mereka kita dapat meluahkan rasa kesedihan, kerisauan dan lain-lain yang bermain di dalam diri. Sudah pasti gurau-senda itu mesti ada untuk menghiburkan hati.

Jadi, tidak dinafikan bahawa kehadiran rakan-rakan adalah penyeri dalam kehidupan kita.



Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila tular videonya di Twitter dikenakan oleh rakan-rakannya yang bertindak untuk mengenakannya dengan sebuah lipas mainan.

Disangka lipas mainan sekali lipas betul yang muncul

Menerusi video tersebut sekumpulan lelaki kelihatan berada di luar rumah dipercayai rakan-rakannya.

Namun, salah seorang daripada mereka bertindak untuk mengenakan lelaki tersebut dengan sebuah lipas mainan dan meletakkan di lehernya.



Tetapi, setelah mainan itu dibuang oleh lelaki berkenaan dari leher, rakannya itu mengambil semula mainan tersebut dan terkejut apabila mendapati ianya adalah lipas sebenar.

Ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah mendapat 12.2k retweets dan 10.2k likes.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila lelaki tersebut melompat ‘terkejut’ kerana binatang berkenaan yang dilihatnya itu secara tiba-tiba bergerak.

Lihat video penuh ini dibawah:

 



 

 

Lelaki ceroboh masuk istana, bawa pistol mainan, pisau



Ianya telah mencuri perhatian netizen yang berasa terhibur dan meninggalkan komen lucu di ruangan posting tersebut

Image from @mohamadfairuzzz (Twitter)

Image via @mohamadfairuzzz (Twitter)



Image from @mohamadfairuzzz (Twitter)

Image via @mohamadfairuzzz (Twitter)



Itulah nak kenakan orang sekali diri sendiri yang terkena ya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker