Pelancong Rusia Bikin Netizen Marah

Denpasar: Dua pelancong Rusia di Bali menimbulkan kemarahan netizen di Indonesia selepas menunggang motosikal dari jeti dan terus menjunam ke laut.

Berdasarkan video yang tular itu, kedua-dua individu berkenaan dipercayai pemilik akaun Instagram @sergey_kosenko dan @alina_oshutinskaya.

Mereka melakukan aksi berbahaya itu di Pantai Nusa Penida, sebuah lokasi pelancongan terkenal di Bali.

Agensi

Kedua-dua mereka merakam aksi berkenaan dengan menaiki motosikal menghala ke pantai.

Menerusi video itu, lelaki terbabit memakai seluar putih dengan baju lengan pendek ketika menunggang motosikal manakala wanita terbabit hanya memakai bikini ketika membonceng kenderaan itu.

Sambil tersenyum riang, mereka menaiki motosikal itu sehingga ia terjunam ke laut dan membiarkan kenderaan itu tenggelam ke dasar laut.

Video itu mendapat reaksi kurang senang netizen yang menyifatkan ia berbahaya dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan.

Ia juga mencemarkan kesucian pusat peranginan itu, walaupun individu itu mungkin berbuat demikian atas tujuan komersial iaitu untuk kandungan media sosial mereka.-HM

Instafamous Bali Meninggal Dunia Lepas Terjun Hotel Kerana….

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker