Kenapa kamu masuk neraka?

Sebaran :

Jaga hubungan dengan Allah SWT begitu juga hak makhluk lain

1. DALAM al-Quran, Allah tampilkan dialog yang ringkas lagi jelas tentang mengapa manusia dihumban ke dalam neraka. Bertanyalah ahli syurga kepada ahli neraka: Mengapa kamu dimasukkan ke neraka Saqar?

2. Ahli neraka menjawab: Kami tidak mendirikan solat dan kami tidak memberi makan kepada orang miskin. Dua perkara ini adalah simbol utama mewakili dua elemen penting dalam kehidupan manusia.

3. Yang pertama menjaga hubungan baik dengan Allah. Hak-hak Allah seperti menyembah Allah dan tidak mensyirikkannya mestilah ditunaikan. Begitu juga dengan hak makhluk. Kita hendaklah berlaku ihsan dan tidak menzalimi makhluk. Kejahatan kepada makhluk lain boleh mengheret kita ke neraka.



Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Dahsyatnya api neraka


Sebaran :

Leave a Reply