Dahsyatnya api neraka

BAYANGKAN tangan terkena api sahaja, kita sudah mengerang kepanasan dan kesakitan.

Namun itu hanya api dunia yang kepanasannya hanya satu daripada 70 bahagian api neraka.

Dahsyatnya api jahanam serta seksaan terhadap mereka yang ingkar telah Allah SWT ceritakan dalam al-Quran:

1 – Bahan bakarnya ialah manusia dan berhala

“Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu daripada api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang kafir.” (al-Baqarah :24)

2 – Makanan yang sungguh azab

“Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (al-Muzammil :12)

3 – Panasnya api neraka

“Api yang dinyalakan oleh anak Adam adalah satu bahagian daripada 70 bahagian panasnya daripada api Jahanam.” – Riwayat Bukhari

4 – Air panasnya menggelegak

“Mereka tidak dapat merasai udara sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman. Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir.” (An-Naba: 24-25)

5 – Dipakai dengan api neraka

“Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian daripada api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak.” (Al-Hajj :19)

Banyak Allah ceritakan mengenai kedahsyatan api neraka yang hanya menunggu kemasukan penghuni-penghuninya di akhirat kelak.

Tujuannya bukanlah untuk menakutkan manusia namun untuk memberi peringatan bahawa setiap amalan kita sama ada baik atau jahat akan diberikan ganjaran sesuai dengan perbuatannya.

(SUMBER: https://tzkrh.com/dasyatnya-penceritaan-neraka-melalui-kalamnya/)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker