Nadia Brian Mahu Segera Diceraikan

Pelakon Nadia Brian berharap suaminya, Muizz Nasruddin akan terus melafazkan cerai terhadapnya ketika kes perceraian mereka dibicarakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kelak.

Kata Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, dia sebenarnya sudah tawar hati dengan Muizz kerana lelaki itu kerap membuka mulut perihal rumah tangga mereka kepada umum.

“Saya sudah tawar hati dengan perangai suami yang tak dapat saya kongsikan demi menjaga aibnya.

“Tetapi sekarang tak mahu nak aibkan orang, saya bukan manusia hati busuk sebab saya bukannya manusia sempurna dan tiada hak nak hukum orang lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Dalam pada itu, pelakon drama Titian Takdir turut mempertikaikan tindakan suaminya yang tetap mahu menunggu tarikh untuk ke mahkamah dan enggan melafazkan cerai kepadanya sekarang.

“Kalau tak mahu dicop sebagai lelaki dayus, kenapa nak tunggu tarikh berjumpa di mahkamah untuk lafazkan cerai. Kenapa?

“Itu yang saya tak faham tetapi saya tidak buka mulut tentang hal tersebut kepada umum. Kalau dia lebih-lebih, saya pula akan buka cerita kerenah Muizz selama ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Muizz mendedahkan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Balai Polis Cyberjaya pada 6 Oktober lalu berhubung bukti kecurangan isterinya.

Nadia turut mengesahkan Muizz sudah memfailkan perceraian mereka di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 2 Oktober lalu.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak Oktober lalu selepas Muizz mendedahkan Nadia curang terhadapnya dengan dua orang lelaki.

Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November tahun lalu. – K! ONLINE

Saya sendiri nampak Nadia Brian dengan lelaki dalam bilik hotel, dakwa suami

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker