Da’i Syed mahu ‘ubati kesedihan’ susulan hadapi pelbagai tuduhan jenayah seksual

Pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed, hari ini dibebaskan selepas melunaskan bayaran ikat jamin berjumlah RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya.

Peguam, Syed Amirul Syed Edros berkata bayaran ikat jamin anak guamnya dibayar oleh abang beliau, Syed Shah Iqram dan pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

Menurut Syed Amirul, kegagalan anak guamnya membayar ikat jamin selepas didakwa di kedua-dua mahkamah berkenaan pada 10 Dis lepas menyebabkan dia ditahan di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang.

“Urusan di Mahkamah Shah Alam selesai kira-kira pukul 11 pagi tadi dan kemudian dia (Syed Shah Iqmal) dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi urusan di situ pula,” katanya kepada pemberita.



Pada 10 Dis lalu, Syed Shah Iqmal, 25, didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya.

Pada hari sama di Mahkamah Shah Alam, beliau menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Di Mahkamah Petaling Jaya, dia dikenakan ikat jamin RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan tarikh 19 Feb ditetapkan untuk sebutan semula kes, manakala di Mahkamah Shah Alam dia dikenakan ikat jamin RM10,000 dan sebutan semula kes pada tarikh 25 Jan.

Sementara itu, Da’i Syed ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan di Mahkamah Petaling Jaya, berkata beliau redha dengan ketentuan berkenaan dan menyerahkan hal seterusnya kepada mahkamah.



Katanya, beliau akan berehat sementara waktu dan melepaskan rindu bersama keluarga setelah direman berterusan selama 18 hari.

“Saya juga perlukan sedikit ruang untuk mengubat jiwa, mental dan kesedihan saya,” katanya. FMT

Da’i Ajak Keluar Sebelum Rogol, Cabul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker