Tiga pendaki ditemukan selamat selepas sesat dua hari

SEREMBAN, 14 Dis — Tiga pendaki yang sesat selama dua hari selepas mendaki Gunung Berembun, Jalan Pantai dekat sini ditemukan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dijumpai pada 3.45 petang semalam di puncak gunung sebelum dibawa keluar dari hutan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.

Menurutnya, maklumat awal diterima menerusi panggilan telefon yang dibuat oleh seorang daripada pendaki kira-kira pukul 11.30 malam pada Sabtu dan anggota mencari dan menyelamat (SAR) terus digerakkan.

“Mangsa yang dilaporkan tersasar kira-kira 10 kilometer dari trek pendakian dibawa turun dari ketinggian 1,080 meter dari puncak gunung sebelum diberikan rawatan awal akibat keletihan.



“Kesemua mereka berada dalam keadaan selamat dengan mangsa wanita mengalami kekejangan dan kecederaan pada kaki,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa berkenaan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi SAR itu melibatkan 25 anggota termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta ditamatkan sepenuhnya pada 2 pagi. BERNAMA

Warga emas ditemukan selamat selepas 20 jam hilang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker