Lelaki maut ditembak polis selepas insiden tembakan di gereja di New York

SEORANG lelaki ditembak polis selepas beberapa das tembakan dilepaskan di New York pada petang Ahad waktu tempatan.

Insiden berlaku selepas satu konsert Krismas di sebuah gereja terkenal di Manhattan, Cathedral of St John the Divine.

Selepas konsert itu berlangsung selama 45 minit, orang mula beredar apabila beberapa siri tembakan dilepaskan, menyebabkan orang ramai lari menyelamatkan diri.

Pegawai polis yang ditugaskan menjaga keselamatan pada acara tersebut mengambil tindakan pantas dan menembak penyerang itu.

Lelaki hunus pisau bunuh tiga orang di gereja Perancis

Pegawai tempatan Manhattan, Mark Levine berkata, lelaki yang kelihatan mengalami gangguan emosi itu memanjat perancah di gereja dan “mula menembak secara rambang ke udara.”

“Dia menjerit mengatakan dia mahu dibunuh,” katanya menerusi Twitter. “Polis tiba dengan segera. Suspek telah ditembak.”

Menurut laporan media tempatan, penyerang itu, yang berusia 50-an, ditahan polis dan dibawa ke sebuah hospital kerana mengalami kecederaan parah.

Dia kemudiannya meninggal dunia di Hospital St Luke’s.

Tiada kecederaan lain dilaporkan.

https://mykmu.net/2018/04/21/imam-ditembak-di-gombak/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker