Imam dari Palestin Ditembak Di Gombak?

Share


Akaun Facebook Aqsa Syarif melaporkan Dr. Fadi M. R. Albatsh dari Palestin telah terbunuh dalam tembakan di kepala padi tadi, di Gombak Kuala Lumpur.

Menurut akaun tersebut, beliau ditembak di kepala dalam perjalanan ke surau Medan Idaman, Gombak untuk menunaikan solat Subuh. Beliau berusia 35 tahun dan meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu.

Dr Fadi sering di bawa ke Malaysia setiap bulan Ramadan sejak tahun 2014 oleh Aqsa Syarif dan MyCARE.

Sementara itu pihak Polis belum mengesahkan laporan tersebut. Namun sumber polis mengesahkan ada satu kejadian tembakan membabitkan seorang lelaki dipercayai berbangsa Arab di Jalan Meranti, Medan Idaman Setapak.

Menurut sumber Polis, pada jam 6 pagi tadi (21/04/18)mangsa seorang lelaki Arab telah ditembak mati oleh dipercayai dua lelaki yang datang menaiki sebuah motosikal di tepi jalan, hadapan Kondo Idaman Puteri, Jalan Gombak.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian di luar Kondo Idaman Puteri berhadapan Sekolah Kebangsaan Cina Lee Rubber. Mangsa yang berumur 35 tahun bekerja sebagai pensyarah di Sebuah universiti swasta.

Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal dan jumlah tembakan yang dilepaskan lebih dari 10 das.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *