COVID-19: Jangkitan meningkat, Jerman kembali laksana sekatan pergerakan menjelang Krismas
Jerman kembali melaksanakan perintah sekatan pergerakan di seluruh negara menjelang Krismas berikutan peningkatan semula bilangan kes COVID-19.
Antara lain, kerajaan mengarahkan penutupan kebanyakan kedai dan sekolah bagi mengehadkan kontak sosial dalam usaha mengurangkan jangkitan.
Canselor Jerman, Angela Merkel dan 16 gabenor bersetuju untuk melaksanakan perintah sekatan dari 16 Disember hingga 10 Januari bagi menghentikan lonjakan penularan virus itu.
Bermula Rabu, semua perniagaan yang menjual barang tidak penting akan ditutup.
Ujar Merkel, sekatan akan terus dipertingkat menjelang sambutan Krismas nanti.
Hanya lima orang dari dua isi rumah yang dibenarkan bertemu pada hari cuti, tidak termasuk kanak-kanak berusia bawah 14 tahun.
Pertunjukan bunga api dan acara perhimpunan pada sambutan malam tahun baharu juga akan dilarang di seluruh Jerman.
https://mykmu.net/2017/10/10/pesta-arak-sejak-sekongkol-dap-liberal-sungguh-warga-emas-itu/
“Kami berpendapat rakan, saudara dan kenalan boleh bertemu dengan maksimum lima orang dan dua isi rumah.
“Arahan ini mempunyai pengecualian pada cuti Krismas dari 24 hingga 26 Disember, tetapi tidak pada malam tahun baharu dan tahun baharu.
“Pengecualian ini bermaksud anda boleh menjemput empat orang lagi di luar rumah anda,” ujar Merkel.
Selain itu, setiap negeri akan memutuskan sama ada sekolah dan tadika akan ditutup atau sebaliknya.
Bagaimanapun, kehadiran wajib ke sekolah akan ditangguhkan bagi membolehkan pelajar tinggal di rumah tanpa alasan.
Jerman mencatatkan 20,200 kes baharu dan 321 kematian pada Ahad, jumlah yang tinggi untuk hujung minggu apabila banyak pihak berkuasa tempatan tidak melaporkan angka jangkitan.
Melihat Jerman: Mengapa Sains, Matematik perlu dalam bahasa ibunda
You must be logged in to post a comment.