Ahli Parlimen Kimanis nafi sokong Anwar

Mohamad Alamin

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menyangkal dakwaan mengatakan beliau sebahagian daripada wakil rakyat UMNO yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Sebagai seorang peguam saya faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat.

“Justeru, saya ingin menyatakan seperti berikut, bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Sejak semalam, timbul khabar angin mengatakan Presiden PKR itu telah meraih SD daripada beberapa kalangan ahli Parlimen termasukl 10 wakil rakyat UMNO.

Bagaimanapun, sebahagian wakil rakyat yang disebut termasuk ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah menyangkal dakwaan berkenaan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker