Pengebom bunuh diri di Rusia lancar serangan, 6 penguat kuasa undang-undang cedera



Sebaran :

Sekurang-kurangnya enam pegawai penguat kuasa undang-undang Rusia cedera selepas pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di sebuah pejabat agensi keselamatan.

Menurut pihak berkuasa, letupan itu berlaku di luar bangunan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) di Uchkeken di wilayah Karachayevo-Cherkessiya, Kaukasus Utara Rusia.

Agensi berita Interfax melaporkan terdahulu satu letupan berlaku di luar bangunan pada awal pagi Jumaat, namun tiada kecederaan dilaporkan.



Bagaimanapun, ketika sekumpulan pegawai penguat kuasa berkumpul untuk memeriksa lokasi kejadian tersebut, pengebom bunuh diri itu menghampiri mereka dan meletupkan dirinya.

Chechnya, Karachayevo-Cherkessiya dan wilayah-wilayah lain di Kaukasus Utara yang tidak stabil di Rusia sering berdepan serangan bom bunuh diri kumpulan militan yang berkaitan dengan Daish.


Sebaran :


Leave a Reply