Pucuk Pimpinan PH Perlu Ditukar Jika Mahu Menang PRU15 – Presiden Warisan



Sebaran :

KOTA KINABALU: Kepimpinan dalam Pakatan Harapan (PH) perlu ditukar dan perubahan kepimpinan itu amat perlu dilakukan demi meraih kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, setiap ahli parti perlu berani untuk berubah dan sepakat mengubah kepimpinan untuk hala tuju baharu blok pembangkang itu.

“Saya tidak katakan kepada seorang individu tetapi semua kepimpinan dalam PH.



“Kita perlu jelas dengan tindakan ini kerana kita perlu persediaan untuk menghadapi pilihan raya tahun hadapan.

“Kalau kita masih kekal dengan kepimpinan dan modus operandi yang sama… maksudnya, tiada perbezaan dengan apa yang berlaku semasa pilihan raya yang lalu.

“Jangan kita kata hanya kita yang boleh memimpin dan orang lain tidak layak, jadi kita perlu berani untuk mengubah kepimpinan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Warisan 2019 di Kota Kinabalu pada Sabtu .



Exco Wanita PKR keluar parti, hilang percaya pada Anwar dan pimpinan

Terdahulu, dalam ucapannya Mohd Shafie berkata sejak penubuhan parti itu, pelbagai idea dan corak pimpinan baharu ditampilkan.

Katanya, itu adalah demi memperkukuhkan parti dan menaikkan semangat ahli parti.

“Sejak dari awal penubuhan Parti Warisan ini, kita bawakan idea dan corak pimpinan yang berbeza.



“Kita bawakan pimpinan ‘people centric’, bukan ‘power grab’ dan politik secara berlebihan yang menggunakan kebencian terhadap satu-satu kaum, bangsa dan agama tidak harus menjadi ikutan dan diteruskan.

“Ia bukan hanya menambah kepada perbedaan pendapat, malah polarisasi kaum akan terus menjarak dan seterusnya ketegangan kaum dan agama pasti berlaku,” katanya lagi.

 

Umno boleh ubah keputusan pecat Muhyiddin pada 2016


Sebaran :


Leave a Reply