MCCA bimbang kegiatan curi data pengguna media sosial

Wujud pihak tertentu yang aktif mencuri data peribadi daripada pengguna media sosial untuk mengaut untung mudah.

Dengan menggunakan laman sesawang mencurigakan, Spyware turut digunakan ketika muat turun sebarang aplikasi atau fail, tanpa disedari segala maklumat peribadi sudah terlepas ke tangan pihak ketiga.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, ia adalah ancaman keselamatan siber tanpa sedar yang mengutip data di dalam peranti pengguna melalui penjejak nod, rakaman paparan dan juga taipan pada papan kekunci.

Katanya, data yang dicuri akan dihantar kepada pemilik Spyware berkenaan untuk digunakan secara terus atau dijual kepada pihak luar.



“Sasaran maklumat yang menjadi sasaran Spyware termasuk log masuk perbankan atau sebarang aplikasi dan laman sesawang kewangan serta laman sosial pengguna.

“Selain itu nombor pin akaun, nombor kad kredit atau debit juga boleh ‘disedut’ dengan mudah dengan Spyware ini.

“Sebab itu banyak kes kehilangan wang di dalam akaun atau akaun media sosial kita digodam, kerana kata laluan keselamatan sudah diketahui pihak lain,” katanya.

Siraj berkata, empat kategori utama Spyware termasuk trojan yang menghantar program Spyware yang masuk ke dalam peranti melalui perisian hasad (Malware) tertentu.



Manakala Adware yang memerhati aktiviti harian peranti pengguna dan menjual kepada agensi pengiklanan dan perkhidmatan mahupun pengiklanan palsu.

Menurutnya, kategori lain seperti penjejak fail ‘Cookies’ boleh diletakkan melalui laman web untuk mengikut seseorang pengguna merentasi internet.

“Pemerhati sistem pula menjejak sebarang aktiviti di dalam peranti komputer, mengumpul sebarang data sensitif pengguna seperti ketukan papan kekunci, emel dan laman web yang dilayari,” katanya.

Justeru katanya, orang ramai perlu memastikan peranti mereka dilengkapi anti virus yang baik bagi mengesan sebarang aktiviti Spyware yang akan memberikan pelbagai masalah akibat kecurian data.



“MCCA juga akan meneruskan kempen kesedaran ini dengan sesi libat urus bersama jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk menyampaikan mesej ini,” katanya. HM

Saya tak curi, cuma ambil saja…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker