BTS paling 'UNGGUL' dinamakan Penghibur Terbaik Tahun Ini oleh TIME — MYKMU.NET

BTS paling ‘UNGGUL’ dinamakan Penghibur Terbaik Tahun Ini oleh TIME



Sebaran :

KUMPULAN K-pop BTS dinobatkan sebagai ‘Penghibur Terbaik Tahun Ini’ oleh majalah Time.
Kumpulan dengan tujuh anggota itu membuat penampilan sulung pada tahun 2013, kini muncul antara artis paling berjaya di dunia hasil populariti lagu-lagu mereka, dedikasi kumpulan peminat dan mesej positif yang dibawa.
“BTS bukan hanya kumpulan K-pop popular. Mereka merupakan kumpulan paling popular,” tulis penulis Time, Raisa Bruner.
Di Twitter, BTS merupakan artis paling banyak menerima ciapan di Amerika Syarikat bagi tahun keempat berturut-turut.
Bulan lalu, kumpulan ini mendapat pencalonan Anugerah Grammy pertama untuk kumpulan K-pop, manakala single berbahasa Inggeris mereka, “Dynamite”, debut di kedudukan teratas carta Billboard Hot 100.

Sebaran :


Leave a Reply