YouTuber Ditahan Disyaki Mencabul

Kota Bharu: Seorang YouTuber menyerah diri kepada polis, hari ini susulan aduan dibuat terhadapnya atas dakwaan mencabul.

Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian di sini, selepas penggambaran drama YouTube selesai, 1 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, wanita berusia 24 tahun membuat laporan pada Jumaat lalu, mendakwa dicabul dan suspek tampil hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut.
Gambar Hiasan

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek berusia 22 tahun berkenalan menerusi seorang rakan yang menawarkan mangsa untuk berlakon dalam drama yang diarahkan suspek.

“Selepas selesai penggambaran itu, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari.

“Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian, suspek didakwa masuk ke dalam bilik dan mencium, memeluk serta meraba mangsa selain didakwa melakukan onani,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, suspek juga adalah penerbit drama itu dan menawarkan bayaran RM600 kepada mangsa untuk berlakon drama berkenaan.

Menurutnya, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.-HM

Pegang Tangan, Kaki..’ Dahlah Menceroboh Bilik & Cuba Buka Pakaian, Gadis Dedah Nyaris DiPerkosa Youtuber Terkenal?

Leave a Reply