Terima Anugerah Tertinggi

Shah Alam: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima anugerah tertinggi Selangor, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-75, semalam.

Ahli Dewan Diraja Selangor yang juga Canselor Universiti Selangor (Unisel), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda pula menerima Darjah Kerabat Kedua (DK II).

Darjah kelas pertama iaitu Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri dianugerahi kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Turut menerima darjah kebesaran sama adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.



 

DR Noor Hisham
DR Noor Hisham

 

Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran Datuk Setia dianugerahi kepada Ahli Dewan Diraja Selangor, Prof Adjung Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.

Sebelas penerima dianugerahi Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.



Antara penerimanya, Ketua Perkhidmatan Geriatrik Selangor, Tunku Datuk Dr Muzafar Shah Tunku Jaafar, Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, M Gunalan, Asisten Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Hashim Aman Shah, Panglima 11 Briged Markas 11 Briged Brigadier Jeneral Norsham Md Tap, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Shahzihan Ahmad.

 

RAJA Arshad
RAJA Arshad

 

Selain itu, 16 individu menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.



Antara penerimanya, Inspektor Jeneral Markas Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana Muda Anuar Mohamed, Panglima Pendidikan dan Latihan Markas Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Khalid Jaafar, Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Senior Asisten Komisioner Abdul Basir Ahmad dan Panglima 10 Briged (Para) Markas Tentera Darat, Brigadier Jeneral Semaon Marjuki.-HM

31 individu terima darjah, bintang kebesaran Selangor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker