Kerajaan beri RM250,000 pada setiap sekolah persendirian cina, PKR kata jangan persoalkan

Semua pihak diminta untuk tidak mempersoalkan lagi bantuan khas kepada sekolah persendirian Cina di seluruh negara yang diluluskan Kerajaan Perpaduan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung berkata, ini kerana peruntukan tersebut diberi kepada sekolah yang diusahakan komuniti untuk masyarakat Cina

Malah katanya, bantuan khas itu juga sudah berbentuk tetap yang disalurkan secara tahunan sejak pentadbiran sebelum pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi.



“Jadi saya tidak faham me­ngapa sekarang ia dipersoalkan sedangkan sebelum ini ia tidak ditimbulkan.

“(Lagi pula) bantuan ini untuk pendidikan, bukannya buat jamuan besar-besaran atau untuk pilihan raya negeri, ini sememangnya satu bantuan tahunan kepada sekolah yang tidak berasaskan keuntungan.

“Saya harap tidak ada pihak yang timbulkan isu ini memandangkan sebelum ini geran tersebut sudah berbentuk tetap secara tahunan dan kuan­tumnya pun lebih kurang sama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Media sebelum ini me­laporkan, kerajaan meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara dengan setiap sekolah akan menerima RM250,000 dengan majlis penyerahan rasmi dijangka pada 5 Mei ini.



Bagaimanapun ada yang mem­persoalkan bantuan khas itu dan menyarankan agar kerajaan meneliti semula kadar peruntukan tersebut.

Semalam akhbar ini me­la­porkan, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, peruntukan besar tersebut sepatutnya hanya diberikan dengan syarat untuk membantu kerosakan tertentu di sekolah-sekolah terbabit.

Menurut beliau, dana tersebut tidak boleh diberi atas kapasiti tertentu atau untuk meme­nuhi permintaan kesatuan.

Pada masa sama, Pemuda UMNO menyuarakan cadangan sama supaya kadar peruntukan purata diseragamkan dengan peruntukan kepada institusi pendidikan agama dan bakinya perlu diberikan kepada sekolah aliran kebangsaan yang secara jelas untuk semua kaum dan berpaksikan silibus kebangsaan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

One Comment

  1. kantin sekolah anak aku terbakar dah lebih kurang 2 tahun….sampai sekarang masih tak bergerak untuk dibaiki…puii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker